my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Baked Caramel Apple Pudding yang adooo:D

Teringin sangat nak makan macam matsaleh, inilah jadinya. Puding karamel apple yang di bakar ni agak mencair di bawahnya. Tak tau kenapa, rasanya nak salahkan oven ku itu.....:) Dah bakar lebih dari 50 minit, mungkin terlebih sukatan air. Bagaimana pun kami (bersama cikgu fahmi) makan dengan aiskrim......fuhh...sedap, asyik nak ulang makan je...:D

Letakkan sesudu aiskrim vanila di atasnya, dah rasa macam makan kat hotel five star..../wahaha

BAKED CARAMEL APPLE PUDDING
oleh: @blogsurirumah
sumber: food.com

3/4 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula putih (kakpb kurangkan)
1 camca teh baking powder
1 camca teh serbok kulit kayu manis (kakpb letak secubit aje)
1/4 camca teh garam
1/2 cwn susu segar/susu cair
1 1/2 cwn apple cincang

Untuk sos
3/4 cwn gula perang
1/4 cwn butter
3/4 cwn air panas
(gaul semua bahan hingga butter dan gula mencair)

Bancuh semua bahan di atas, tepung, gula, garam, susu, baking powder hingga sebati.
Kemudian campur bersama apple cincang tadi.
Sediakan loyang (kakpb takde caserol merol) sapu sedikit minyak.
Tuangkan puding dalam loyang dan sos di atasnya. (mungkin cara kakpb salah sebab tak kacau, biarkan begitu je)
Bakar selama 40-50 minit dalam oven, 375F atau 187C.

Jika ada yang mencuba dan cantik kejadiannya, sila tayang kat kakpb ye....:)

14 ulasan:

  1. Adehhh ! lmbt pulak akak tyang resepi guna epal...epal sy dah abis kene ngap ngan bebudak kat umh nie....

    kene tggu ada epal blik lah....tp sy copy dulu eh resepi nie...cam best jer....:)

    BalasPadam
  2. Sah2le kakcik tak akan cuba buat, tapi kalau ada yang dah siap, kakci nak cuba makan. :)

    BalasPadam
  3. Eh bagus gak idea ni sis..kebetulan epal udah nk kecut selonggok dlm peti ais nun..tenkiu tenkiu

    BalasPadam
  4. utk mkn sefamili yg penting rasanya sedap. tak cun pun tak pe. kan kak.

    BalasPadam
  5. Askum Kak Zana cayanggg bior ler rupa cam mana pun.. yang melihat ni pun ngenceeeessss aje ni hhehhehe

    BalasPadam
  6. aduh...sedang membayangkan kesedapan puding karamel epal itu dinikmati bersama ice cream

    BalasPadam
  7. Salam.. Meleleh air liur melihat menu ni.. Alahai sedapnyaa.... Lagi2 kalau makan dengan aiskrim.. .yummmy..

    BalasPadam
  8. Emmm sedapnya...boleh try resepi nie nanti...

    BalasPadam
  9. Yang penting sedap! Rupa tu kira nombor 2 he he he hh

    BalasPadam
  10. waduh! waduh! sekali sekala layankan tekak dengan menu western...best jugak! kite suke kalau kek @ muffin yang ada epal karamel ni.

    BalasPadam
  11. apple ke tuh. nampak cam nenas.. alahaii saya pon tingin nak cubeee

    BalasPadam
  12. Kak Zana, wow ini apple pudding ngan ais krim mesti sedap meletups... I pun nak ngap sikit...

    Lepas makan baru diet, tapi cam mana nak diet esok makan lagi? LOL

    Dah jumpa pisang? Esok grilled pisang ngan roti sama ais krim! hahaha

    Bye.... jumpa lagi.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)