Cuaca berjerebu betul sekarang ni kan? Tapi sekitar KK tidak teruk sangat rasanya berbanding dengan di semenanjung. Banyakkan minum air ye.......terutama anak-anak kita yang banyak aktiviti di sekolah pagi dan petang. Kakpb selalu pesan kat si bujang tu, kena minum air masak banyak. Semalam dia balik dari sekolah kak pb nampak dia beli air mineral sebotol. Selalunya dia susah nak minum air masak. Tektik kakpb, kat rumah saja tak buat air manis satu jug, buat setengah je. Bila habis air dalam jug tu, dia akan minum juga air masak....=D>
Ini resipi semalam petang, untuk makan malam. Simple dan menyihatkan. Kerapu ni badannya warna merah, taktaulah kerapu bara ke.....atau ada nama lain....yang penting sedap di kukus.
terjungkit siripnya, tak sopan betul siang ikan macam ni.....
KERAPU KUKUS ASAM LIMAU
oleh: @blogsurirumah
sumber : halaqah.netBahan-bahannya:
500 gram ikan kerapu atau siakap
10 gram cili api di cincang halus
50 gram bawang putih dicincang halus
1 tangkai akar ketumbar jugak di cincang halus (takde akar ketumbar, kakpb cincang daun sadri dgn batang-batangnya)
½ cawan air limau nipis
¼ cawan kicap cair
gula dan garam secukup rasa
(campurkan kesemua bahan2 dan kacau hingga sebati)
Cara menyediakannya:
1. Ikan dibersihkan lalu dikukus selama 15 minit
2. Angkat dan tuangkan sos yg telah disediakan tadi diatas ikan lalu dikukuskan semula selama 3 minit
3. Angkat dan hidangkan. Enak dimakan dengan nasi panas2.
Memang enak makan dengan nasi panas. Kakpb kurangkan sukatan air tu dan tuangkan kicap biasa je (kes takde kicap cair). Senang, tak payah nak buat sos untuk cicah, sekali gus kukus semuanya.
nota kakpb: takziah untuk ahli keluarga kami yang baru meninggal kerana pelbagai penyakit, alfatihah.
ikan kerapu ni isi dia sedap kan sis..
BalasPadamsy suka masak sweet sour..or stim berhalia..kadang2 masak taucu hehehe
salam ziarah & slam ukhwah dr sh alam :)
ikan kerapu dagingnye memang lembut...ucu suka..tapi masalahnya banyak tulang la..
BalasPadamucu jadi jakuz sekejap...sebab kalau mcm stim x pernah bubuh akar ketumbar....
Amie memang suka kukus kalau ada ikan kerapu, kalau tak pun rebus aje dengan serai sebab sayang isinya yang lembut ...
BalasPadamikan kerapu antara ikan yang paling sedap dalam senarai... yumyumm!
BalasPadam@GreenJade
BalasPadamterima kasih GJ, salam kenal jga.
@Ucu Faridah
BalasPadamakak pun, resipi orang...nak buat mcmna.
@Amie
BalasPadamkalau goreng dia keras kan?
@MaDiHaA a.k.a Ratna
BalasPadamhubby suka, akak kurang sikit..
Kak, kerapu ni sgt mhl di sini. Teringin betul nak merasa air tangan Kak Zana.
BalasPadam=(
Takziah bt keluarga Kak Zana.
al fatihah~
BalasPadamkite tak pernah beli ikan sekor2 mcm ni. besar sangat.kalau ikan merah pun beli yang dipotong2 je. inii kalau buat ratah memang sadap!
@pok amai-amai
BalasPadamSini berlambak kerapu, mcm2 rupa ada fara..
@Nuwairani Ismail
BalasPadamNi besar tapak tgn lelaki je nani, mmg sedap kukus.
Akakkkkkkkkkk.. Nak tgok sikit kaki
BalasPadamBaby tua tu beso mana kak. Hahahaha.. nyampass tau. Akak saya ni tak brapa nak sihat la skrg. Cer akk jampi sikit bagi sihat sikit. Kiki.. Apa ni tunjuk ikan ni, tunjuk la kek cheese ke amerika sikit. Padahal jeles.. Kikiki, lama dah xmakan ikan segar bugar kak. Sik ikan kembung n tak brapa nk segar dah . Maleh nak tuko id.. Nasib la kak ye.. Lalala .. Izah
dah lama akak tak makan ikan kerapu..sesekali masak stim mcm ni mmg elok kan?..sesuai utk yg berdiet..^^
BalasPadamkalau jenis kuah berkicap ni memang sedap makan dgn nasi panas..
BalasPadam@myBESTBUY.Shop
BalasPadamhikhik...dendiam, baby tua tidor lagi tu...
@anymz
BalasPadamtakde maknanya diet ku itu kak anymz weh..
@THE LEKAT LEKIT STORY
BalasPadambegitulah biasanya, nasi panas org suka tapi akak suka nasi sejok...hehe
sedapnya ikan masak kukus..saya dah lama tak makan cam gini...jarang beli ikan besar sekarang ni..hehehhe
BalasPadamAlfatihah utk saudara akak yg baru meninggal...
sedap ni..tapi akak selalu kukus biasa2 jew..perah asam limau,bawang putih ngan halia,lada hitam,bawang merah...hihi..sedap gak la..
BalasPadamowh ye itu hari blog akak kena hack..tapi dah ok dah...tu pun puas pujuk hackers
saya suka ikan masak stim gini..sedapnya:)
BalasPadamakk pulak suka stim bubuh halia banyak2.tak pernah masak cara lain.lepas ni boleh cuba cara zana kut..mesti sedap.
BalasPadam