my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

MAN IN BLACK, Juara Tomyam


Ini cerita hari rabu baru ni, kami rancang nak melawat Rumah Terbalik di Tamparuli. Sebelum ni pergi tapi orang ramai sangat, kena beratur. Jadi tukar plan, lagipun tempat dekat dalam setengah jam dari rumah dah sampai. Sebelum tu perut kena isi dulu. Ibu kalau cuti-cuti begini, memang nak letak jawatan memasak je....

Ayah bawa makan di satu kedai orang Kelantan katanya. Juara Tomyam nama kedai, macam-macam ada. Laksam, nasi kerabu, nasi dagang dengan pelbagai lauk pauk. Maaf la....tak ambil gambar pun sebab......malu nak keluar kamera. Perut pun tengah berkeroncong. Kak pb rekomen siapa-siapa yang menghala ke Tuaran, singgahlah di KKIP ni, insyaallah berbaloi dengan harganya.


Tu kenapa? Kami tak jadi singgah di Rumah Terbalik, terus ke One Borneo sahaja. Macam tak berbaloi pula nak masuk ke Rumah Terbalik tu.......katanya bayaran masuk untuk dewasa RM10, kanak-kanak RM5......nanti kak pb upload gambar yang kami sempat ambil tempohari.


Baik tengok wayang, cerita Man In Black, cerita lain tak boleh sebab ada si bujang kecik ni. Duduk paling atas di bilik nombor 1, sejuk gila. Tak pernah lagi dapat seat bahagian bawah ni.

Filem aksi komedi dan sains fiksyen lakonan Will Smith, Tommy Lee Jones ni bagi kak pb lebih menarik jika kurangkan dialog yang terlalu panjang. Jika lebih aksi dengan Borris the animal tu lebih seronok. Sebelum pergi menonton, baik korang fikir sebab cerita macam ni kesukaan kaum lelaki.






15 ulasan:

  1. Kesukaan kaum lelaki? Eh... lain macam je! (~_*)

    BalasPadam
  2. Rumah terbalik tu tapi dah famous kan Zana. Siap masuk TV buat promo lagi. Zana dekat sana bolehlah pilih-pilih mana yg lebih best...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah popular kakzakie tp kita org belum jelajah....

      Padam
  3. sebelum ni dah pernah pergi sabah .. tapi tak tahu lak ade rumah terbalik nie.. nampak gayenya kene pergi sekali lagi.. nnti kakpb tolong jadi kami punya tour guide bolehh... ??

    Salam perkenalan Dr Liya buat kak pb.. ^_^

    BalasPadam
  4. Insyaallah Liya, jika kena masanya, kami boleh jadi pemandunya...hehe..

    BalasPadam
  5. oh rumah terbalik??
    tentu budak2 suka..
    kat sini biasa dengar rumah hantu..
    tiket lebih kurang segitu juga mahalnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rumah hantu dah biasa masuk, jom masuk rumah ni pulak..

      Padam
  6. Assalamualaikum Zana,

    Salam kenal. Terima kasih singgah blog orkid kak ani ni.

    Kalau kelapangan singgahlah blog kak ani lagi satu kerdipanrohani.blogspot.com.

    BalasPadam
  7. cuti sekolah kali ni tak kesempatan saya nak bawa anak2 tengok wayang.

    BalasPadam
  8. Salam perkenalan kak zana,
    Boleh bg direction utk ke krdai mkn ni tk ?

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)