my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Di syaki darah tinggi

Pagi tadi pergi klinik kerajaan kejap.....bagusnya, orang tak ramai. Pukul 7.30am masuk terus ambil nombor. Punyalah lama tak ke klinik, sampaikan tak reti nak tekan mana kat kaunter tu. Dah berubah benar sekarang ni......dulu kena beratur ambil nombor dari kakitangan di situ dan tunggu dia panggil. Sekarang tunggu dia panggil juga cuma tak seteruk macam dulu.

Sekarang dah ada http://www.idaftar.my/ senang sangat. Nak pergi esoknya, malam sebelumnya boleh booking pukul berapa nak datang. Waaaa.....cakap kat cikgu fahmi, senang la awak nak mc ye? Jadi tadi pekerja tu terus bagi nombor bilik 10 untuk yang guna idaftar ni. Kiranya dia tolong kasi cepat sikit.

Siapa yang darah tinggi? Bukan kak pb....tapi hubby yang darahnya tinggi. Patut ler asyik pening kepala....gatal2 kulit dia tu setiap hari telan ubat. Mungkin kena pantang makan udang dan sotong, kerang lagi la tak boleh. Minggu depan doktor nak check lagi......kena berpantang ler awak!


28 ulasan:

  1. assalam pb..sama2 kena berpantang le tu..

    BalasPadam
  2. cian chekgu fahmi.. akak sekeluarga dah cuba ke minum sample roselle tu?(sudan hibiscus tea) dlm testimoni ada yg kata amalkan minum minuman ni bole turunkan darah tinggi.. Wallahu a'lam.. kita hanya mampu berusaha, Allah yang menyembuhkan..

    BalasPadam
  3. Muda lagi dah kena darah tinggi. Tension naik bot ke tension mengajar? hehehe...

    Sebenaranya, Along anak kakcik tu pun ada darah tinggi. Belum pun 25 tahun lagi. :(

    BalasPadam
  4. aduhh.. sabar ajelahh.. kena pantang byk org darah tinggi ni kan kak..

    BalasPadam
  5. MCm ne nak pantang kak. Sabah terkenal dgn seafood yg fresh n murah! Heee~

    BalasPadam
  6. @kakcik
    Takde mudanya kakcik. Dr semenanjung lg doktor suruh dtg, dia ngelat jumpa doktor.

    BalasPadam
  7. Hi Kak Zana, minum juice guava atau starfruit boleh turun darah tinggi juga. Pagi 1/2 jam sebelum sarap.

    Atau boleh coba daun ketumbar setangkai rebus ngan air selama 20 mins. Lepas tu minum supnya aje. Air tak payah manyak sangat, lebih kurang minum secawan cukup.

    Have a nice day.

    BalasPadam
  8. Salam Kak Zana,
    Kena berpantang sikit lah kalau ada darah tinggi ye kak. Take care ye!

    BalasPadam
  9. saya
    kalau tak sakit.. memang tak ke klinik..

    BalasPadam
  10. mmg kene pantang seafood laa kalau mcm tu.. blh mkn ikan je.. hasben tun kuat makan, jd mmg tun jarang2 beli udang dan sotong. sebulan tu sekali dua je lauk udang dan sotong. hihi

    BalasPadam
  11. @Amelia
    Baik betul Amelia ni, terima kasih sebab bagi idea tu, nanti kak pb suruh dia minum.

    BalasPadam
  12. @blogresipi.com
    terima kasih Ijan, tapi bukan akak ye.

    BalasPadam
  13. @tun_telani
    tulah..tolak tepi dulu udang dan sotong tu.

    BalasPadam
  14. Kena darah tinggi? Dulu saya pernah pitam pengsan di sekolah, ke klinik buat pemeriksaan, ke hospital 2-3 kali medical check-up, tekanan darah tinggi, bukan darah tinggi... doktor kata kurang rehat, penat mengurus hal ehwal murid!Sebenarnya stress... saya tension! Harap selalu bertenang ye, pesan sama Cikgu Fahmi...

    BalasPadam
  15. Semoga suami Kak Zana cepat sembuh..Amin.. memang nak kena berpantanglah jawabnya lepas ni... sabar ya Kak Zana... cayang dia.. :))

    BalasPadam
  16. Salam Zana..tak tau pun ada idaftar tu..Bagusla mcm tu kan..tak payah tunggu lama2.

    BalasPadam
  17. Salam Zana..tak tau pun ada idaftar tu..Bagusla mcm tu kan..tak payah tunggu lama2.

    BalasPadam
  18. @Amie
    Entah la Amie, tak pasti tekanan darah tinggi/darahnya tinggi.....check lagi baru tau.

    BalasPadam
  19. mak aii,kena pantang hbs tu kakl.btw,eca klik website tu...konon2nya nak senangkan g hspital..yela,cikgu praktikal xleh nak suka hati keluar sklh....nak juga buat mcm akak,,tpi xdpt tu..kuar Klinik Kesihatan Putatan jak kak....klinik lain xdpt kot.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)