my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Burung

Sekitar Kampong Air, kalau cikgu fahmi pergi bank dia, wah....macam kaya je :P...selalu kakpb nampak banyak burung merpati kat sini. Mungkin ada pekedai yang beri makan. Selalu juga nampak orang ambil gambar.....terkenang pula satu ketika dulu, bersama dengan kawan-kawan kerja di Jepun. Manis sungguh untuk di padam tapi pahit untuk di kenang....aduhai...




Datuk cikgu fahmi kat Johor, suka sangat dengan burung. Tapi bukan burung merpati, burung apa tah....kecil-kecil dan comel. Dia letak di bahagian depan rumah. Kakpb sebenarnya tak suka tengok burung dalam sangkar, bukanlah tak suka apa. Kesian tengok burung tu kena kurung. Sedangkan hidup dia sepatutnya terbang bebas di angkasa luas sana.


Seronok tengok macam ni, mereka tak takut pada sesiapa walau didekati. Memang taknak dekat pun, takut kena tembak, tak pasal-pasal kena cari air....:))

8 ulasan:

  1. La....kenangan apa yg mengusik kalbu tu kak?

    BalasPadam
  2. Burung merpati ni selalunya mereka berkumpulan kan?

    BalasPadam
  3. eeee....kalu itu cecair sudah jatuh...! maka baunya...nauzubillah....tambah2 lagi klau bju tgh cntik molek....abissss ! punah !!!

    BalasPadam
  4. saya pun seram kalau tengok burung banyak2 ni..:-)

    BalasPadam
  5. Jinak2 merpati ditangakap lari....

    BalasPadam
  6. dulu kalau stay di hotel kg air, mesti mlm tu jejalan shopping kat pasar malam. murah2 harga kerongsang sume.tp sejak2 org kata kat situ black area, takot plak.

    BalasPadam
  7. Banyaknya burung..seronokkan tengoknya..

    BalasPadam
  8. banyaknya merpati
    macam kat london pulak :)

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)