my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Sardine Puff MatGebu

Terima kasih banyak sangat pada encik MATGEBU dan juga kakak ku yang mengirimkan puff segera tempohari. Inilah hasilnya, dapat juga merasa buat sendiri, makan sendiri......untuk buka puasa hari isnin lepas. Tapi bagi kak pb sedap lagi yang emak buat dulu-dulu. Kakak pun pandai juga, dia nak bagi resipi tapi tah mana-mana buku masaknya. Takpe, tunggu aku balik......kita selongkar sama-sama.:D


BAHAN INTI :-)
1 tin kecik sardine "cap ayam" asingkan sosnya
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 hirisan nipis halia, cincang halus (ni tak letak)
1 biji bawang besar, didadu
1 camca teh cili kisar
1/2 camca besar sos cili
3/4 camca besar kicap cair
1 biji limau kasturi, perah jusnya

BAHAN LAIN :-)
1 pack kulit puff pastry jenama "Kawan" berukuran 4 inci x 4 inci (ada 10 keping)
1 merah telur + 1 camca teh susu cair = kacau rata
Sedikit serbuk lada hitam, jika suka - (tak letak)


  1. UNTUK INTI:- Ikan sardine tadi dihancurkan. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang puti dan cili kisar hingga garing. Masukkan sos cili, kicap cair dan sardine tadi. Kacau rata, gunakan api sederhana. Tuang jus limau kasturi dan gaul. Masak sekejap, angkat dan biarkan sejuk sebelum digunakan.
  2. Keluarkan puff pastry dari freezer dan biar sekejap dalam 10 - 15 minir. Ambil 1 keping puff pastry, kerat dua, satu bahagian dikelar2 seperti dalam gambar. Bahagian satu lagi letakkan inti sardine. Tutup dengan bahagian berkelar, tekan tepi2nya dengan garfu. Buat kaedah sama untuk baki pastry.
  3. Susun dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Sapu kuning telur dan tabur sedikit serbuk lada hitam kalau suka. Bakar pada suhu 190C selama 20 - 25 minit atau hingga kuning keemasa. Jika oven anda ada sistem kipas, on kan masa membakar puff pastry ini. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan...



 Beginilah rupa puff sardine ku, belah ikut suka hati...ko hado?:)) Ada juga buat empat segi macam Mat tu, tak snap gambar.../blush.. Nak komen apa eh? Rasa macam kat kedai yang biasa jual la kot.......entah la...tak pernah beli kat luar sana.



22 ulasan:

  1. kak zana

    bravo...
    ayu belum pernah bt puff...

    karang ayu jumpa y jenama kawan tu.. ayu terus buat..

    kikikiki.. kena pi tesco tu...

    apa2 pun pagi2 kamu bt perutku laporrr

    BalasPadam
  2. assalam zana..acik pun tak do..tapi nampak sedap sangat puff sardin zana tu

    BalasPadam
  3. Kak Zana, selamat pagi... wah... pagi2x ada sardin puff untuk sarap.

    I ari ni bawa tupperware nak tah pau sikit untuk bekfes, boleh? hahaha

    Jumpa lagi, bye....

    BalasPadam
  4. Memanglah kakak tak ado zana. Tengok ajelah sebab nak buat boleh jadi sama entahkah tidak. Tak rajin pun ye jugak...

    BalasPadam
  5. Salam Zana cayang!!!
    lama nyer tak kemari.. Zana sihat?
    lama betul simpan resipi nie thnks ah tlg ingatkan hawa..insyallah akan buat jgk ari nie hehehe tunggu yer!!

    BalasPadam
  6. Salam K.Zana,

    sy mmg dah lama dok nyimpan resepi cik mat nie...tp itu la..masalahnya...! pastry puff tu x jumpa2 lagi...tension tul !!

    BalasPadam
  7. @Citarasa Rinduan
    pi cari ayu..tesco? rindunya kat tesco..huwaaa

    BalasPadam
  8. @kakcik
    anak bujang kakcik kan suka masak? ngeee..

    BalasPadam
  9. @Acik Erna
    senang je ni, nanti acik buat eh..

    BalasPadam
  10. @Amelia
    selamat pagi Amelia...boleh je nak tapau (jauh2 boleh ler offer..hik)

    BalasPadam
  11. @Kakzakie
    alaaa...gurau je kakzakie. nanti anak gadis balik dari asrama, boleh la cuba.

    BalasPadam
  12. @Mama Hawa/Mama Nani
    W'slm mama, alhamdulillah terlebih sihatnya. tulah..tak nmpk mama beberapa hari.

    BalasPadam
  13. @Asyifa Mustaffa
    W'slm Syifa...susah juga nak cari kat sana ye? ingatkan Sabah je yg susah nak jumpa.

    BalasPadam
  14. oh ada jual ye kulit puff tu.selama ni tatau pun maklum bukan pakar sgt masak2 ni.syukur sejak blogging ni byk info ina saya tau dr blog rakan2 alam maya ni.

    BalasPadam
  15. sedapnya...boleh try buat nih..

    BalasPadam
  16. puff pastry certain tempat je ada.. kat kemaman pun xde.. kt bintulu ni lagi laa..

    BalasPadam
  17. bessnyer kalau pandai buat sendiri leh makan bnyk2

    BalasPadam
  18. akak datang ni ada lagi tak Zana cayang puff tu teirngin lah nak makan yg sedap2 dan ranggup ni

    BalasPadam
  19. saya suka buat ni, kuih yg mudah lg2 bila tetamu dtg rmh.

    BalasPadam
  20. alasan macam kak tun jugak. tak semua tempat ada jual ni. kat sandakan ni pernah beli sekali. ada dijual di giant. tp bila bakar, mcm kecut pulak. tam kembang pun. ala2 bantat la tu. agaknya yang dah lama, masuk angin dah kot. terus tak beli lagi dah.

    BalasPadam
  21. Pernah buat dulu tapi beli doh siap jer hi..hi.. tak pernah cuba lagi buat doh sendiri tapi kalau resepi cik mat memang jadi punyalah...

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)