my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Kagum dengan beliau


Hari minggu baru ni tengok Nasi Lemak Kopi O, program kegemaran kakpb. Sambil layan blog, jarang miss rancangan ni. Jemputan ketika itu Prof Madya Lim Swee Tin. Tengok orangnya bukan main brutal, rambut panjang melepasi bahu. kalau tak tengok rupa atau namanya, pasti ingatkan dia guru bahasa Malaysia. Elok tersusun bahasanya, sedap je dengar di telinga ni.

Orang Kelantan kalau bercakap memang leka kita dibuatnya. Dirumah pun dia guna bahasa melayu bersama anak2 katanya. Kagum kakpb dengan beliau......cikgu fahmi lebih ler lagi...sampai berhenti menaip assignment kerana nak tumpu pada cerita prof ni:)

Orang kita yang faseh berbahasa melayu pun suka selitkan bahasa asing dalam perbualan harian.......

7 ulasan:

  1. kagum yer kak...Prof ni penah dtg ke jabatan tmpt QH btugas dlu...sempena minggu sayembara kot...dia ajar teknik2 cara menulis puisi n sajak yg betul...mmg kagum dgn diakan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. kagum tengok dia bersajak dgn bahasa yg indah

      Padam
  2. kagum jgk walaupun x penah jmp bdpn...

    BalasPadam
  3. ruggednya Prof ni...rambut dia tu! Pernh dgr ceramahnya...fasih berbahasa melayu. Kalah kita!

    BalasPadam
  4. kagum jugak..bahasa melayu dia sgt melayu...huhuh malu weii

    BalasPadam
  5. kami pernah makan sekantin di perpustakaan negara. ilah berbual dgn beliau bersama isterinya.. ramah org nya..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)