my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Roti Goreng Inti Telor

Sejak beberapa hari ni kakpb jarang kat dapur, faham-faham ye.....jadi entry dalam blog ni caca marba, campur aduk. Kalau sesiapa yang fikir blog kakpb ni blog masak-masak, silap la tu......ini blog ikut suka hati kakpb nak tulis. Malas nak asing-asing cerita, bukan ada sesiapa nak saman pun...:)


Roti goreng ni kakpb buat semalam pagi, dah taktau nak buat apa dengan roti yang dah hampir nak expired tu. Sarapan pula kami berdua saja, si bujang tu kalau ada pun bukan dia makan roti macam ni.....nak muntah la.....tak lalu la....cerewet sungguh.

Hari ni cikgu fahmi takde, pergi sekolah tengahari tadi lepas tu balik petang terus ke Tamparuli katanya. Ada kem di sana dan kena bermalam. Tadi dah siap pack baju bagai, tetiba call, katanya tertinggal towel pulak. Bila kita nak siapkan, dia nak buat sendiri.....tu la jadinya...:D

Oklah, kat atas tu resipi simple je. Telor rebus dihancurkan bersama mayonis, tambah sedikit garam.
Letakkan dalam roti yang dikapit dua.
Celupkan dalam tepung gandum yang di campur bersama sedikit gula halus, marjerin, sedikit tepung jagung dan air secukupnya.
Goreng hingga kekuningan.
Boleh cicah dengan sos cili kalau suka.


14 ulasan:

  1. salam kak zana... dah lama x makan roti ala2 gni /// kadang2 kemalasan tu pun ada jugak hihi..terliur la pulak nengok

    BalasPadam
  2. simple 2 lah biasanya sedap kak...kreatif ni..

    BalasPadam
  3. Owh! campur dlm tpg gandum ye..
    Klu shima buat roti gulung. Tak kisah la inti apa. Tp goreng mcm tu je xde celup tpg @ telur. So kurang sikit serap minyak :))
    Apa pun roti goreng la yg paling laku dimkn :)

    BalasPadam
  4. Salam Zana. No hp Zana pun dah 'lesap'. Nanti Zana sms kat kakcik ya?

    Sebenarnya

    kakcik dah jawab pertanyaan Zan tentang nama facebook kakcik, mung kin Zana terlepas pandang kot.

    Kakcik guna nama Kakcik Juariah. :)

    BalasPadam
  5. salam kak...
    walaupun resipinya simple, tapi satu idea baru yg sy dpt belajar...huhuhuh...tgk pic tu mmg dh tertanya2 mcm mana la dpt goreng roti mcm tu, selalu celup telor bila goreng dia berminyak byk sgt kan... thanks sharing :)

    BalasPadam
  6. Yang ini sedap, saya suka.. selalu kalu roti dah expired memang digoreng jer, hehe

    BalasPadam
  7. Sedapnye tgk roti grg akak tu. Sy dah le kelaparan nie....

    BalasPadam
  8. kak zana kita nak buat resipi ni..kita plg suka masakan yg simple dan senang nk buat hehe..

    BalasPadam
  9. Setuju zana kalau org lelaki kalau kita tak kemaskan pasti ada yg tercicir. Paling tak macam itulah tuala dan paling kecik saputangan..

    BalasPadam
  10. nak tiru la utk sarapan pagi esk

    BalasPadam
  11. makan depan tv sah2 tak hingat berapa keping habis ni....nak2 bila dah malas terus jer baring n zzzzzzzzzzzzzzzz...bai..bai..k.zana....hihi..

    BalasPadam
  12. salam syg kak zana..simple tp sedap..zila pun rajin jgk wat camne..ank laju jew makan:)

    BalasPadam
  13. dh goreng kira rajinlah tu! Kalau k.ani makan jer yg dh letak telur. X yah goreng....hehehe...

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)