my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Kuih Rangin, nenas sarawak

Orang Johor panggil kuih dangai kalau tak silap. Di Sabah kakpb tanya kat pasar tamu, katanya kuih rangin......lucunya masa kami tanya tu, dengar macam dia kata kuih angin....:)) 4 ketul RM2, sedap juga. Rindu nak makan kuih-kuih traditional begini. Padahal senang je buatnya.

Nenas sarawak pun beli juga (mustahil la kalau menanamnya, melainkan kalau di kampong cikgu fahmi) RM4 sekilo. Beli sebiji, minta tolong penjual tu kupaskan, baiknya hati dia. Mungkin sebab pelanggan pertama dia kot. Manis, ranum.....kami makan selepas sarapan pagi semalam kat restoran Taufik...:) boleh gitu? Tanya juga, ada nenas yankee yang macam Ucu Faridah ceritakan tu? Tak ada.....tak kisah la...



Tinggal sebelah nenas ni dalam peti, makan sikit-sikit, nanti memulas pula perut.........kalau kat rumah takpe, kalau kat panggong ke.....dalam kereta ke......aduhai...:P




8 ulasan:

  1. Assalamualaikum
    AkAK suka makan kuih dangai tu..
    rindu nak makan dah lama tak ketemu..
    zana pandai buat yee..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam Sal, ni beli Sal....kat pasar tamu. Sal baca ye yg akak tulis tu.

      Padam
  2. Tengok gambar nenas tu, ngilu gigi kakcik! Tapi kuih dangai tu kakcik suka. :)

    BalasPadam
  3. tak boleh nak imagine lagi kuih rangin ni macam mana. kat kinabatangan ni jarang2 jumpa kuih2 ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kuih ni dibuat dari sagu,kelapa dan gula kalau tak silap.
      mcm lempeng gitu, kakak kakpb ada ajar tapi maleh nak membuatnya.

      Padam
  4. btul la...kan kak Zana ada komen...yg k.zana kuih simpel x mo buat eh....hehe...

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)