my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Rumah Terbalik tapi....

Kisahnya minggu kedua cuti sekolah selepas hubby balik dari Sandakan, nak bawa anak isteri melawat Rumah Terbalik di Tamparuli. Hubby kata rumah tu di bina oleh seorang warga cina, menurut kata teman dia yang tinggal area Tamparuli. Kawan hubby pun tak pernah masuk lagi.......biasa la kan......kalau dah dekat anytime boleh masuk.

Masa kami sampai dah pukul 10 pagi, orang beratur panjang. Kak pb mula takde mood nak masuk. Snap gambar sekeping dua dah cukup. Kita ni dah tua-tua malas nak bersesak-sesak.


 
aduhai....frust ke tak dapat masuk? ko faham je la ibu dengan ayah ni, kalau tempat sesak, beratur, panas......memang tak ah.....lain kali eh?


 Cukuplah nak.....sandar kat tiang tu, sudah-sudah ler merajuk....bukan ada apa sangat je dalam rumah tu. Bayangkan bila ko masuk dalam tu, semua terbalik. Tandas terbalik, dapur terbalik, meja kerusi terbalik......nanti pening pulak bila masuk.


Last gambar kat sini sebelum berduyun orang datang. Ada tertulis kat situ (belakang Aziz) jangan bergayut atau berada di bawah kenderaan.....tapi kak pb nampak ada budak-budak kecil yang bergayut macam kat taman permainan, mak bapak dia orang buat dek je........geram betul nengoknya.

Bagi sesiapa yang berkunjung ke Sabah, boleh la melawat rumah ni di Tamparuli, RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Berapa jam dia bagi masa, tak pasti pula. Parking bersepah, nak park tepi jalan ke, kat Shell ke......berdekatan dengan jalan besar jadi tak susah nak menuju tempat ni.

22 ulasan:

  1. Selamat pagi..Menarik juga ya..Inshaallah kalau mama berkesempatan kesana teringin juga nak tengok..Mujur kalau orang masuk tak terbalik..

    BalasPadam
  2. Nanti bila kakcik ke sana lagi, kita pergi sama2, nak?

    Tapi bila tahun kakcik nak ke sana tu tak tahulah lagi!

    Salam buat Fahmi dan Aziz ya. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaallah kc, boleh je, seronok jln dgn kc.
      Salam dah sampai.

      Padam
  3. igtkan tipu2.rupanya betul2 ada eh.

    BalasPadam
  4. salam k.zana......mmg famous rumah ni kan...aritu tgk kwn pergi sana gak. btw untung byk cina tu. ini kira premis perniagaan ke dia mitak tol? nanti nak pergi gak le ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'slm ros, kira bisnes juga ni....mungkin ada kos yg dia kena bayar kot, tu pasal kena charge sape nak masuk

      Padam
  5. wah menarik =)
    sy dh follow akak..akak follow sy ek =) tq
    http://nlylyn.blogspot.com/

    BalasPadam
  6. Wah..kete tu pun terbalik ek. Salam kenal

    BalasPadam
  7. semua terbalik...menarik la tempat nie..

    BalasPadam
  8. tengok dari luar pun dah ok .... sebelah dalam dah pernah tengok kat majalah3 kot ... :)

    BalasPadam
  9. semuanya terbalik....memang menarik...

    BalasPadam
  10. hati anak dah terbalik kena belanja kfc kot. haha

    BalasPadam
  11. alalala..moncong si Aziz, comel je..haha. takpe lah, lain kali ada peluang boleh masuk.

    BalasPadam
  12. Resepi siakap stim asam boi: senang je. Bawang besar, asam boi, brokoli, carrot, cili api klw nk pedas, tomato. Masukkan ikn dlm loyang, tabur sayur sayuran, asm boi ats ikn. Bila ikn dah msk tutup api pastu baru bubuh tomato

    BalasPadam
  13. ada jugak budak2 yang bergayut?? apa punya mak bapak ler tu.. dibuatnya kereta tu jatuh timpa anak2 , baru rasa menyesal tak sudah

    BalasPadam
    Balasan
    1. masa tu akak geram je tengok, dia yg tua2 duduk jauh dr kereta tu..

      Padam
  14. Wow! dahsyat ni.. sangat menarik.. ni yang teruja nak kesana ni hadoii.. hehee.. best pulak nampak semuanya terbalik...:)) best!

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)