my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

Sayap Ayam Goreng Salut Tepong

Selamat berhujung minggu kawan-kawan blogger semua. Maaf kerana kakpb tak sempat nak balas komen dalam blog ni. Blog walking pun guna tablet, pc cikgu fahmi bolot sorang :P nak siapkan assignment kawan dia. Gitulah hari-hari dia, orang lain yang belajar.....dia yang tak tidur malam siapkan kerja, duit punya pasal. Tapi lepas ni dia taknak ambil lagi sebab nak pecah kepala mikirkan assignment tu.......Bila dia dah pergi sekolah, kakpb pula ambil alih tapi tak boleh lama juga. Asyik ngadap pc, apahal pula kerja2 lain kan?

Bila cuti hujung minggu begini, kawan-kawan lain pun kurang update blog. Iyelah.....mesti pergi jalan-jalan, kenduri, piknik ke....kakpb pun macam nak release tension kat shopping komplek, sejuk sikit :D

Semalam kakpb sibuk dengan menggoreng mihun dan ayam untuk si Shasya, anak Ct Min sambut birthday dia kat taska. Mula tu kakpb beli tepong kfc adabi dua kotak. Entah macamana bila sibuk-sibuk tu, terlupa pulak tepong dah ada. Kakpb pi bancuh tepong lain.... nyanyuk datang ler tuh! tapi.../nobigdeal


Katanya hubby si Min suka goreng macam ni, lenkali boleh tempah lagi.....:D

Resipi sebenarnya mula-mula tu ikut macam sini tapi tak buat juga. Cuma jadikan panduan.

SAYAP AYAM GORENG SALUT TEPONG
oleh: @blogsurirumah

Perap ayam bersama bawang putih, halia, garam dan kunyit.
Kakpb perap dalam 1 jam je.

Bila nak menggoreng, pecahkan telor sebiji, kocak.
Masukkan sayap ayam dalam telor, golek2.
Kemudian masukkan dalam bancuhan tepung seperti di bawah.

1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung jagung
1 camca teh serbok kari
1 camca teh serbuk lada sulah
garam
(gaul rata semua) kakpb tak masukkan tepung beras, saja tak letak sebab yang nak makannya budak-budak. Kalau suka rangup dan keras sedikit, boleh masuk tepung beras.
Juga tak letak baking powder, lain kali nak letak sikit.

Setelah di salut dengan telor, masukkan dalam tepong, golek2 la juga bagi rata.
Gorengkan dalam minyak yang panas dan banyak.
Kakpb takde periok deep fried, gunalah kuali antik zaman tok kadok...:))
Bila warna gorengan sudah keemasan, bolehlah angkat.
Bagi kakpb, ayam dah diperap, cepat je masaknya banding dengan ayam segera yang kita beli di pasaraya.
Makan cicah dengan sos ye, buat sendiri atau sos tunjuk!

Untuk peringatan, kepak ayam tak bagus untuk kesihatan jika dimakan terlalu kerap/banyak. Harga pun boleh tahan mahalnya.
Menurut pembacaan kakpb, ayam-ayam ni biasa di suntik bahagian kepaknya, boleh cari kat pakcik google ye....:)

Orang belah Sabah biasa sebut 'sayap'.

Terima kasih yang sudi komen, nanti kakpb balas kunjungan ye....assalammualaikum!



14 ulasan:

  1. Tu dia.. Kak Zana cayang dah keluarkan sayap dia yang garing tu hah! kalah KFCeee hhehehee

    BalasPadam
  2. Assallamualaikum kak Zana..

    kak, confirm garing ni. Nengok bergerutu jer tepung yg dah goreng tu macam KFC lak..

    BalasPadam
  3. sedap makan rangup2 yee...
    tak cukup satu ketul..

    BalasPadam
  4. Salam K.Zana,

    sy tau cmne bzynya nyiapkan asignment...hehe...sbb kenkadang sy pun nolong siapkan asignmnt hubby...:)

    kuar sayap hari nie nak kemana tu ?...:)

    BalasPadam
  5. Selamat petang Zana,
    tak cukup seketul kalau makan sayap ayam goreng ni... tapi memang betullah kata Zana, kena kurangnya makan sebab suntikan tu...

    BalasPadam
  6. asslm Kak Zana...wah sedap tu...pasti berketul2 tu skali hadap aje...nmpk garing..terliur tgk..

    BalasPadam
  7. salam singgah sini pn zana...sedap ayam grg tu..

    BalasPadam
  8. @Naz / Nadz COSK
    Waalaikummussalam Naz, garing tapi akak tak rasa, cikgu fahmi tukang rasa.

    BalasPadam
  9. @sal
    bukan kami yg makan Sal, untuk org lain.

    BalasPadam
  10. @Asyifa Mustaffa
    W'slm Syifa, hari ni berdua saja, ikut suka hati...:D

    BalasPadam
  11. @Amie
    zana tak berapa sgt mkn skrg ni...

    BalasPadam
  12. @Qasey Honey
    org punya ni syifa, bukan kami yg mkn

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)