Biasanya kaum wanita suka dengan bunga, kakpb tak nafikan kakpb pun suka bunga. Bunga tulip, bunga matahari, bunga oked.......orang kata kalau dah nama pun perempuan, haruslah minat berbunga-bunga.:)
Blog ada bunga, buat kek ada bunga, melukis gambar bunga, baju raya pun bunga-bunga......apa lagi....pinggan mangkok pun nak bunga....kiranya bunga ni penyeri dalam hidup kita.
Tapi bagi kakpb dari dulu, tak pernah suka orang bagi bunga (alaaa...macam orang bercinta tu). Pada kakpb, bunga yang kita hadiah kat orang seperti membazir, bila layu....buang dalam tong. Itu pendapat kakpb, lagi bagus kalau beri kek, baju, benda yang kita boleh simpan sebagai kenangan.
Untuk pengetahuan, kakpb pun tak pernah terima bunga dari muda hingga ke tua ni./XD Pernah dapat pun bunga plastik, zaman-zaman cinta monyet dulu. :P
Di rumah ni, cuma ada satu pokok, satu pasu (yang tepi2 tu cuma menumpang) dan selalu ditinggalkan berminggu-minggu. Bila balik dari semenanjung, mesti kakpb kejar kat pokok ni dulu......hampir mati...layu, kesiannya....lepas beberapa hari dia segar semula. Tahan betul nyawa pokok ni walau jarang dapat layanan istimewa dari tuannya. Nak berbual hari-hari, memang tidaklah.
Kakpb kurang minat sekarang ni berbanding zaman sekolah dulu, kakpb kelas sains pertanian. Sekarang mana ada, ke ada?:D
Kalau pun ada tanah nanti, nak tanam pokok yang tak berbunga jugak!
Tanam pokok berdaun jugak tahan lama kan...
BalasPadamsuka tanam bunga, pokok..kat kpg dulu selalu tolong mak kt taman kecik tepi rumah tu...tp sbb dh duduk umah atas ni malas le plak...nnti tak pasal2 jentik2 plak kt pasu tu...
BalasPadamkat rumah saya pun ada pokok ni tau.. mak saya tanam.. memang pokok ni cantik.. walaupun tak berbunga
BalasPadamKlu da adeumah sendiri t, sy nak tnam pokok herba. Macam pokok kari, pandan, kunyit...heee!
BalasPadam