my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Seronok, takut dan basah di Pulau Gaya

Kenangan bersama KakCik tak mungkin kami lupakan. Gelak tawa tak putus daripada naik bot hinggalah cuaca bertukar dari mendong ke hujan yang lebat disertai angin kencang. Mula pergi dengan bedak bertepek kat muka, cun je.......kasut tinggi ku....tudung dan baju bergosok. Tak plan langsong nak ke Pulau Gaya (tempat hubby kerja/sekolah) sebab ingatkan takde boatman nak bawa kami. Tiba-tiba pagi tu (semalam) hubby call, dia angkat dan sudi nak bawa kami.

Ni semua hajat suami KakCik, nak sangat tengok bagaimana keadaan penduduk di kampong air Pulau Gaya. Sebenarnya bini cikgu Fahmi pun tak pernah pergi, ni pun rasa was-was je sebab cuaca beberapa hari hujan siang malam.


Tengok la rupa kami yang ceria sebelum bertolak ke sana. Perjalanan ambil masa dalam kurang dari 10 minit dari jeti Jesselton. Masa ni cuaca ok lagi........kita tengok akhirnya.....siapa yang kenaaaaa!



Ni dah sampai pulau.....omak aii....punyalah ngeri nak naik ke kampong mereka tu, Allah saja yang tahu. Menggigil kaki ku ini bila memijak titi kayu yang jarang dan hampir reput nampaknya. Budak-budak situ selamba je lalu sebelah kak pb. Masa ni kak pb langsong tak dapat menikmati pemandangan sekitar sebab mata tertumpu ke bawah air. Anak bujang pun terjerit-jerit panggil ayah minta tolong pimpin.....hehe...lucu ada, takut pun ada. KakCik tu dia takut juga tapi dia boleh control cun......hehe.....suami dia lagi brutal.....haha....tak main pimpin-pimpin ni...



Cuaca makin gelap, cadang nak tengok sekolah hubby tapi kami ambil keputusan nak balik je sebab kalau dah hujan lebat, bot tak boleh gerak. Ombak terlalu kuat........gambar yang ke dua tu, kak pb dengar suara kakcik.......abang jangan enjut lantai ni kuat-kuat.....haha....macam tu la lebih kurang dialognya. Takut juga ye? Budak baju merah tu berlagak je lebih macam berani. Tengok gambar last tu........balik dari pulau semua basah kuyup, sampai kamera kak pb pun kena air, nasib baik takde apa-apa.

Katanya bila keadaan ombak kuat, bot kena laju, kalau tidak boleh terbalik dibuat dek ombak. Faham-faham je la kalau bot laju, habis basah kuyup kami dalam tu,. Takde yang tak kena........jejak je kaki kat jeti, hujan turun dengan lebatnya berserta dengan angin kencang. Nasib baiklah kami cepat balik, kalau tidak.........ada orang tak balik semenanjung petang tu.....

Cerita selebihnya......tunggu dari KakCik





38 ulasan:

  1. Hahaha... tak habis lagi kakcik tersengih dan tersedak serta tergelak ni...

    Tapi itulah, kabel kamera/hp tertinggal pulak. Tak bioleh nak muatnaik gambo. :(

    BalasPadam
  2. hehe...nanti kakcik sambong cerita..

    BalasPadam
  3. aslmkum zana..seronok bila dpt bjln2 dengan anak2..smua nmpk happy

    BalasPadam
  4. Salam kak pb.. terkenang time erma n SK g bercuti ke Sabah time tu nak gi pulau Sapi.. sabo jek.. akak nak tau erma takde tudung yang ader cap aka tudung ariani tu.. nak gi pulau punya pasal SK siap beli tudung kalanyer malas nak ambil gambo susah byk angin ha ha ha.. tapi pengalaman tu memang best.. suka tgk pemandangan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhu....siap beli tudung ek? Pulau sapi akk tak jejak lg, ntah bila agaknya..

      Padam
  5. Kakak dapat bayangkan kakcik mesti gayat sebab suami kakcik jenis suka berlawak. Seronok kakak tengok zana dgn semuanya menaiki boat. Seumur hidup kakak tak pernah lagi naik boat..

    BalasPadam
  6. As'Kum Kak Zana wahhh bestnya.. sha dah pernah ke pulau2 di Sabah memang best!!! kenangan yang paling manis sepanjang berada di sana..tapi sha tak pulak singgah di rumah atas air tu... terus bersantai kat tepi pantai... wahh nak pergi lagilah macam ni.. bestnya...:))

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang ni lebih adventure Sha.....sure ketaq lutut:-)

      Padam
  7. kampung atas air? sepoi-sepoinya....

    BalasPadam
  8. Kak Zana, tergelak sy baca entri akak nie. Terbayang mcm ne keadaan Kak Zana, Kakcik, suami Kakcik ngan hero Kak Zana tu. Tak puas tgk gamba2 tu. Klu sy pun kak, mmg gayat le dgn titi yg mcm tu gayanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni tak citer semua, cover2 skit, malu la fara:-) ada lg gmbr kt kakcik..

      Padam
  9. Assalamualaikum zana..
    tengok gambar2..terasa betapa seronoknya kalian bermain dan duk di motobot walaupun sedikit gayat, tpi itulah pengalaman yg bermakna..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam sal....mmg seronok sgt tp takutnya tak boleh nk ckp...

      Padam
  10. assalam zana@pb..seronoknya kak cik dan zana dapat berjumpa..
    kalau acik..tak kan acik lalu kat situ zana..tengok un takut seriau..nampak kecik dan tak de pulak pemegang nya.acik memang penakut nak lau jambatana@titi tu.

    BalasPadam
  11. W'slm acik....tu psl takot, takde pemegang....takde org mau merangkak kt situ:-)

    BalasPadam
  12. selamat sempat sebelum hujan lebat

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la...alhamdulillah, kita takpe tp org yg nak naik flight tu..

      Padam
  13. tun teringin nk pegi pulau gaya tuu... last time tun tanya kat jesselton jeti tu, xde bot yg bw ke pulau gaya pun :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti tun bgtau akak, hubby biasa dgn boatman kat situ, insyaallah dia boleh tolong..

      Padam
  14. Seronoknya Zana dpt pegi Pulau Gaya bersama kakcik,Skrg ni kak Nurul lama dah x naik bot seriau juga bila naik bot bila blk kpg....

    BalasPadam
    Balasan
    1. seronok kerana nak hilangkan rasa takut tu....hehe..

      Padam
  15. kakcik pergi sana bermesra2 dgn zana yee..
    mesti seronokan..tapi takut pun ada jugak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom la ain cuti2 sini, kakcik sebab ada kerja dgn hubby dia, tak puas bermesra..

      Padam
  16. seronok tengok semua gmbar percutian tu......teringin nak ke sana..nak naik titi..hihihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak dtg bgtau awal2, boleh kita plan apa yg patut dibuat....
      jgn nanti gigil sudah..

      Padam
  17. teringat pengalaman panjat pilot ladder kat kapal dulu..huhu..memang seram untuk orang yang tak pandai berenang mcm saya ni. naik bot laju time ombak kuat mesti rasa cam nak tercampak ke laut je kan? hahaha.saya dah penah rasa, macam nak melayang keluar je dia punya laju

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha...nak tercampak keluar yg ngeri tu,, ada life jaket pun tak guna, rasa mcm tak selamat juga kan...

      Padam
  18. Salam k.Zana.tengok Jeti Jesselton tu teringat kenangan bergambar di situ masa ke KK THN 2008. tp tak naik botpun.takut juga jln atas titi kecil gitu...
    re; k.Zana, naik kapal besar tak terasa bergoyang langsung lagipun Sg Nil airnya agak tenang. rasa mcm duduk dlm restoren...tak terasapun kapal bergerak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. w'slm mamasya...tahun tu kakzana belum kat sini lg.

      Padam
  19. wahhh seronoknya jenjanlan..muka happy je semua..:)

    BalasPadam
  20. mcm menarik bila melalui titi tue..
    kalau saya mungkin boleh muntah.. hahaha

    apapun pengalaman yg best di temapt orang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha...akak rasa org mengandong terberanak kot..

      Padam
  21. memang adventure betul perjalanan pegi dan balik ke tempat tu ek kak, dekat celah mane tempat ni?!!

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)