my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Puding Pisang Karamel


Cikgu Fahmi baru sms, tanya makan apa.....alahai....dia taktau bini dia tengah bosan ni. Tadi kemas ruang dapur, alih meja dan kabinet. Tengahari masak nasi goreng paprik untuk anak. Petang ni tak tahu lagi nak makan apa.

Dalam pada boring tu, cari resipi puding pisang. Dah beberapa hari beli pisang masih tak bersentuh dalam peti ais. Akhirnya kakpb jumpa satu resipi di SINI dan mencubanya. Disebabkan kakpb takde loyang kecil-kecil, kakpb buat dalam loyang berukuran 8x8. Memang leper jadinya. Tapi rasanya teramatlah sedap :) Lepas ni nak cuba buat lagi, nak cari loyang yang kecil sedikit.

Kakpb letakkan potongan pisang atas karamel, pisang yang di kukus dulu.

PUDING PISANG KARAMEL
oleh: @blogsurirumah
sumber: ResepKue Lezat

Untuk karamel
100 gm gula pasir
50 ml air

Bahan puding
3 biji telur
1/4 st garam
100 gm pisang (dalam 3 biji yang sederhana besar) - kakpb guna pisang berangan
200 ml susu cair
1/2 sudu makan brown sugar
1/2 st serbuk kulit kayu  manis (tak letak)
1 sudu makan tepung maizena (kak pb guna tepung jagung biasa)

Cara membuatnya:
Hanguskan gula pasir dalam bekas loyang, masukkan air.
Blender pisang dan susu cair, tapiskan.
Bancuh telor, garam, gula putih, gula perang dan tepung jagung.
Masukkan kedalam adunan pisang dan susu yang di blender tadi.- kakpb blend semua sekali.
Tuangkan atas karamel tadi.
Letakkan loyang dalam bekas yang di isi sedikit air.
Bakar selama 30 minit, suhu 160C.
Simpan dalam peti ais selama beberapa jam, baru sedap dimakan.

Tadi rasa sepotong, alamak ai....sedapnya....sebab kakpb lebihkan pisangnya.

19 ulasan:

  1. rajin....rajin....japlgi sy dtng kak...tggu tau....!

    BalasPadam
  2. Kena bakar ek? Kukus boleh tak? :)

    BalasPadam
  3. Assalamualaykumwbh Kak Zana..

    :) Salam membalas kunjungan:) great puding over here, sslurpss!....Thanks ssb sudi jenguk dapur kecik ayu...

    BalasPadam
  4. err sy dtg nk tapau sket ni hehehe

    best lah sis..taktau plak caramel pisang pun sedap..mau try lah nnti..thx ya * hugsss*

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg sedap ni, tmbh pula cuaca panas skrg..

      Padam
  5. sgt suke =) ni la puding yg 1st time sy masak dulu

    BalasPadam
  6. salam...masak udang tu mmg tak guan santan,,,..senang kan,,,sedapnya tgok puding pisang tuuu

    BalasPadam
  7. salam kak zana..x pernah cuba wat puding camnie..simpan resepi dulu..nnt nk try jgk la..:)

    BalasPadam
  8. Just on time!. Kebetulan saya pun tgh pening byk hasil tani dr belakang rumah (pisang)berlonggok2 kat dapur tu.. tiap ari asik goreng je pun bosan.

    Kak, nt kita nak share resepi ni ye.. nt kita bg link kat blog akak. Itu pun kalau jadik buat la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba la bila2 pun.....syg pisang terbuang..

      Padam
  9. *Letakkan loyang dalam bekas yang di isi sedikit air.
    macamana nak buat zana? serius nak buat esok..ada jamuan sikit..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kakrose letakkan loyang puding tu dlm bekas lain yg lebih besar (mcm rendam gitu)

      Padam
  10. assalam kak pb
    wah rajinnya, sedap ni kalu dpt wat berbuka puasa, makan sejuk2 kan
    tak penah wat yg letak pisang, menarik,nanti boleh cuba juga

    BalasPadam
  11. nampak sedap tu. pisang yang keemasan... wahhhh

    BalasPadam
  12. waaa..terliyo dibuatnya..haha..nanti nak cuba buatlah.. :D

    BalasPadam
  13. As'kum Kak Zana cayangg... banyak N3 sha terlepas.. sibuk manjang sekarang ni.. masuk sini nampak ada caremel pisang waduhhh nampak mengecurkan basah aje kan kan.. kecur dah ni hadoii

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)